Tuesday, 31 May 2016

Allah Berjanji Akan Mengabulkan Doa Kita

Allah SWT berfirman dalam Al Quran:
“Dan Tuhanmu berkata, berdoalah kepada-Ku pasti akan Aku kabulkan bagimu (permintaan) itu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri, tidak mau beribadah kepada-Ku, akan masuk neraka dalam keadaan hina-dina.” (Al-Mukmin: 60)
 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)
 Secara umum ada 4 perkara yang harus diperhatikan berkaitan dengan adab berdoa menurut Al-Quran dan Hadis:
Faktor yang menghalang terkabulnya doa
  1. Doa tersebut tidak disenangi oleh Allah SWT kerana mengandungi maksiat dan permusuhan di dalamnya.
  2. Hati yang lemah dan tidak menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT ketika seseorang berdoa.
  3. Memakan makanan yang haram, berbuat kezaliman dan maksiat sehingga dosa-dosa itu menutupi hati mereka.
  4. Berlebihan dalam berdoa, berteriak serta meratap dengan keras.
  5. Berdoa memohon keburukan bagi diri, keluarga dan harta.
 Syarat-syarat Terkabulnya Doa
  1. Makan makanan yang halal dan baik
  2. Tidak terburu-buru minta dikabulkan.
  3. Tidak riya’
  4. Berdoa bukan menyangkut dosa dan memutuskan tali silaturrahim.
  5. Berprasangka baik kepada Allah SWT.
 Adab Dalam Berdoa
  1. Dianjurkan berwudhu terlebih dahulu.
  2. Menghadap kiblat
  3. Mengangkat kedua tangannyya ketika berdoa dan mengusapkan wajahnya ketika selesai berdoa.
  4. Diawali dengan mengucapkan hamdalah dan salawat.
  5. Khusyuk, merendahkan diri di hadapan Allah SWT dan dengan suara yang lembut.
  6. Dinyatakan sendiri (secara langsung), yakin akan dikabulkan dan penuh konsentrasi (tidak lalai)
  7. Mengulang-ulangi doanya sebanyak tiga kali
  8. Berdoa dengan menggunakan Asmaulhusna
  9. Mengakhiri doanya dengan salawat kepada Nabi SAW.
 Waktu-Waktu dan Keadaan Dikabulkan Doa
A) Waktu
  1. Waktu antara azan dan iqamat
  2. Waktu sesudah solat-solat fardhu
  3. Pada waktu sepertiga malam yang akhir
  4. Pada malam lailatul qadar
  5. Pada bulan Ramadhan
  6. Pada malam/hari Jumaat
  7. Waktu imam naik ke atas mimbar pada hari Jumaat sampai selesai solat
  8. Pada Hari Arafah bagi yang menunaikan ibadah Haji
  9. Setelah melempar Jumrah
  10. Di waktu lapang
B) Keadaan
  1. Ketika sujud
  2. Ketika terbangun malam hari seraya mengucapkan kalimat tauhid
  3. Ketika berpuasa
  4. Ketika musafir
  5. Ketika dizalimi
  6. Ketika berjihad
  7. Ketika dalam majlis zikir
 **Rahsia memperoleh rezeki melimpah dan meledakkan bisnes akan dikongsikan dalam Seminar Keajaiban Rezeki pada 4 Jun 2016 ini. Sila ke www.rezeki.com.my